Friday, December 6, 2013

PROMOSI BULAN DISEMBER

Dengan setiap pembelian 6 botol percuma 1 botol

hubungi saya untuk membuat pmbelian untuk 1 botol.. harga menarik menanti anda!!!!



shima
019 6556008

https://www.facebook.com/hashimah.nor

Apakah tanda-tanda amaran bahawa bayi saya tidak mendapat susu secukupnya?


Tanda-tanda bahawa bayi anda tidak mendapat susu secukupnya selalunya termasuk perkara yang berikut:
  • Bayi anda tidak mendapat balik berat lahirnya atau menambahkan berat badan selepas dua minggu.
  • Payu dara anda tidak berasa lebih lembut selepas penyusuan.
  • Bayi anda meragam atau sering letih.
  • Pipi bayi anda lekung atau membuat bunyi berdecit semasa menyusu. (Ini adalah tanda yang bayi anda tidak menghisap dengan betul dan anda perlu mendapatkan nasihat pakar perunding penyusuan untuk memastikan anda menggunakan teknik yang betul.)
  • Selepas hari kelima kelahiran, anda tidak menyalin lampin bayi anda sebanyak enam hingga lapan kali dalam masa 24 jam.
  • Bayi anda tidak membuang air besar sekurang-kurangnya sekali sehari atau najisnya masih berwarna gelap lima hari atau lebih selepas kelahiran.
  • Bayi anda semakin berwarna kekuningan, bukannya semakin kurang, selepas minggu pertama.
  • Muka bayi anda tidak berisi dalam masa tiga minggu.
  • Kulit bayi anda tetap berkerut selepas minggu pertama.

Jika anda risau mengenai sebarang tanda-tanda berikut, hubungi doktor atau ahli pediatrik keluarga anda.

Anda akan tahu yang anda menyusukan bayi dengan secukupnya apabila:
  • bayi anda melekap pada buah dada anda dengan baik dan menyusu apabila terasa lapar;
  • penyusuan adalah selesa dan tidak menyakitkan;
  • dan, bayi anda akan menukar ritmanya semasa menghisap dan berhenti seketika semasa penyusuan, mula menyusu tanpa berhenti dan melepaskan hisapan secara spontan apabila sudah kenyang.

Jika bayi anda menunjukkan tanda-tanda berikut, anda menyusukannya dengan secukupnya. Salah satu perkara yang paling sukar semasa memulakan penyusuan ialah merasa yakin bahawa anda menyusukan bayi anda secukupnya. Memang anda menyusu dengan betul, tetapi jangan teragak-agak untuk mendapat nasihat dan bantuan daripada ahli pediatrik, doktor keluarga atau perunding penyusuan semasa peringkat awal penyusuan.


Monday, March 18, 2013

Panaskan susu, guna warmer @ rendam air panas?


Saper2 yg kat luar sana tercari2 camner nk panaskan stok ebm nie.Leh baca entry nie.Thank credit to zahirah kerana kongsi arikel nie



Nk panaskan susu ni,pastikan susu dah cair, jgn amik direct dari tmpt beku tau! Sejuk beku, rendam ngn air panas, alahai...kang hilang plak segala nutrien susu tu. Cara nak panaskan, yg biasa aku buat, simple je, tuang air panas ke dalam mug, then masukkan botol susu tu. Rendam seketika dlm 5-10 minit, test dulu panas dia ok tak. Titik kan aje susu tu skit kat tgn kita. Klu dah suam..bolehla bg pd baby..


(**Warmer ni, lebih selamat dan terjamin, sebab kita hanya perlu masukkan air ke dalam warmer, kemudian masukkan botol susu. Warmer akan keep warm air tu sehingga 45 darjah. Nutrien dalam susu ibu mudah rosak apabila direndam dalam suhu terlebih panas. Walaupun kita terleka akibat sibuk wat benda2 lain, tapi susu kita tetap keep warm maximum 45 darjah.)


Sbnrnya,klu nak selamat n ada duit lbih, better belikan warmer utk pgasuh anak kita. Bukan pe, biasa pgasuh nak cepat. Kdg2 dah terlebih panas,klu takpun, msh sejuk lg, bila time anak kita dah melalak nak susu,akibat panik, diorg kdg2 main kasi je.

Hmm..klu yg beku pulak,biasanya kita kena cairkan dulu tau..Jgn main panaskan..Sia2 je, bg anak susu yg dah hilang nutrien..Biasanya,susu beku,balik dr ofis,dlm kul 6 ptg,aku akan trunkan kat bhgn bwh, spy, bila esok pg nak htr pd pgasuh, susu tu dah cair..Hrp faham ye kwn2..

Hanya ALFALFA untuk menambah susu, boleh @ tidak..?


ada di antara kawan2 saya yang tanya " kalau makan alfalfa aje boleh ke?"

jawapannya BOLEH, tetapi...

selalu saya akan tanya semula " xxx ada ambik multivitamin tak?"

kenapa saya tanya macam tu?

personally, tujuan utama saya consume suplemen Shaklee ialah untuk menambah KUALITI susu badan saya. ye betul, susu ibu adalah susu terbaik di dunia. tidak dinafikan. tetapi, dengan gaya hidup masa kini yang tidak menentu - waktu kerja tak menentu, rehat tak menentu, makan minum tak menentu dsb ; yakinkah kita yang susu badan kita cukup dan berkualiti untuk anak kita?

jadi, apalah salahnya melabur sedikit wang untuk menambah kualiti ke dalam susu badan kita. lagipun, faedahnya dua dalam satu. ibu dan anak sama-sama jadi sihat, cergas, cerdas dan cantik.

jom kita study semula apakah fungsi atau kebaikan setiap vitamin bagi ibu yang menyusu?


a) Vita-Lea Iron Formula/multivitamin

Dilengkapi dengan 12 vitamin, 7 galian dan zat besi. Kebiasaannya, sekitar usia anak mencecah 6 bulan, kita di syorkan untuk memperbanyakkan sumber zat besi ke dalam makanan anak...contoh terbaik ialah ikan bilis dan bagi ibu menyusu multivitamin atau nama lain vitalea telah di lengkapi dengan iron bagi membantu pembesaran anak dengan lebih baik lg...Ada sesetengah doktor menasihatkan agar ibu yang menyusu perlu memastikan pengambilan zat besi dalam menu harian agar si ibu tidak mudah pitam atau pening selepas memerah mahupun menyusukan anak. Zat besi sangat penting dalam pembentukan sel darah merah. Walaubagaimanapun multivitamin beserta formula zat besi ini tidak disarankan diambil dengan minuman susu kerana ianya akan mengurangkan efisiensi penyerapan zat besi oleh badan.

b) B Complex

Sangat penting dalam membantu memetabolismekan karbohidrat, lemak & protein, Anti stress (sebagai penenang), Membantu meninggikan sistem pertahanan badan, menukarkan makanan(glukos) kepada tenaga dan membantu ibu2 berfikiran positif sentiasa(mood baik..)...so, bila kurangnya stress dan mood happy, secara automatik penghasilan susu akan lebih lancar. Pengambilan pil perancang memerlukan pengambilan b complex yang konsisten kerana pengambilan pil perancang memusnahkan zat vitamin B yang sedia ada di dalam badan si ibu.


Vitamin B juga dapat melahirkan wajah ibu yang cantik berseri dan tidak kusam.

c) Vitamin C

Sangat penting untuk menjaga salur darah, sebagai antioksidan dan membantu meningkatkan antibodi ibu dan pengambilan Vitamin C membantu meningkatkan kandungan antibodi di dalam susuibu untuk anak yang sedang menyusu. So, sekiranya anda atau baby demam, cuma tingkatkan pengambilan vit c ke 2 biji sehari ...dan bagi ibu2 yg menghadapi puting melecet/luka/berdarah,insya allah akan mudah sembuh...satu lg kesannya kulit makin bersih, cerah & cantik. Vitamin C membantu pembentukan kolagen dengan lebih baik.

d) Alfalfa

Merupakan supplement penting utk boost penghasilan susu kerana mempunyai 1001 khasiat. Turut membantu dalam memekatkan susu dan menjadikan susu ibu lebih lemak berkrim. Namun pengambilan dan keberkesanan pada setiap ibu adalah berbeza. Ada yang hanya mengambil 2 biji sehari telah mempercepatkan proses penghasilan susu sehingga mengalami bengkak susu namun tidak kurang juga yang memerlukan 4 atau 6 biji sehari bagi membantu badan stimulate untuk menghasilkan susu dengan lebih cepat.Turut membantu perkumuhan (lebih lawas)dan membuang angin dalam badan...secara automatik kesan baik pd bby..susah nak kena kembung.

Bagi yang tidak menyusukan bayi, Alfalfa yang dikenali sebagai raja tumbuh2an ini mempunyai banyak khasiat kesihatan. Ianya dikatakan banyak membantu meningkatkan kelancaran proses perkumuhan dan bagus untuk buah pinggang. Ianya juga adalah dalam kategori fiber dan mengenyangkan. Pengambilan Alfalfa memerlukan pengambilan air yang seimbang dengan pengambilan kuantiti alfalfa. The more we take the more we have to drink.

" tepuk dada tanya IMAN. kalau baby tu boleh berfikir dan bercakap macam kita, sudah tentu dia mahukan lebih daripada sekadar susu yang banyak (^_^) "

*** credit to Kak N

Sunday, March 17, 2013

Supplement/ vitamin untuk migrain


credit to Mommy Lyna ~*

Sakit kepala adalah gelaja biasa yang berlaku kepada sesiapa sahaja. Biasanya sakit kepala dibahagikan kepada 3 kategori:
  • Sakit kepala kerana tekanan
  • Sakit kepala kerana sinus
  • Sakit kepala kerana migrain
Sakit kepala tekanan adalah disebabkan oleh tekanan atau stress yang dihadapi oleh seseorang, samada tekanan mental atau fizikal. Jiwa dan pemikiran yang tertekan, tegang, berkecamuk, boleh menyebabkan sakit kepala. Tekanan pada otot-otot di sekitar leher, kepala dan kulit kepala juga boleh menyebabkan sakit kepala. Ia juga boleh berlaku apabila seseorang itu mengalami perubahan secara tiba-tiba contohnya dari kawasan redup, tiba-tiba masuk ke kawasan panas, dan sebagainya.
Sakit kepala sinus ialah disebabkan oleh keradangan sinus yang dihadapi oleh seseorang. Sakit kepala sinus biasanya menyerang dalam kadar sekejap tapi menyengat.
Manakala jenis sakit kepala yang ‘paling popular’ ialah kerana migrain. Setakat ini tiada penyebab rasmi yang dikatakan sebagai punca migrain, namun saintis telah mencadangkan beberapa penyebab migrain:
  1. Kekurangan zat dan nutrisi
  2. Faktor keturunan
  3. Kesan dari pengambilan ubat-ubatan
  4. Wanita yang mengalami haid atau pra-haid
  5. Terlalu banyak mengambil kafein
  6. Mengamalkan makanan yang mengandungi MSG dan nitrat
Biasanya penderita migrain akan diberi ubat tahan sakit, ubat tahan muntah dan sebagainya bagi mengawal kesakitan mereka. Bagi penderita migrain yang teruk, mereka diberi dos dadah yang agak tinggi agar dapat melalikan sistem badan mereka dari kesakitan yang ditanggung.
Pengambilan ubat-ubatan boleh mendatangkan risiko terhadap kesan jangka panjang kepada kesihatan.
Oleh yang demikian, memilih alternatif dengan pengambilan supplement natural adalah langkah terbaik bagi mengatasi masalah migrain.
Kenapa supplement lebih baik dari ubat? Kerana ia diperbuat daripada bahan makanan, dan merupakan ekstrak daripada makanan2 yang membekalkan nutrient harian. Berbeza dengan ubat yang diformulasikan di makmal daripada jenis dadah dan sebagainya.

Supplement/vitamin untuk migrain:

 

 Ostematrix (Kalsium, Magnesium & Vitamin D)

 

Kalsium bukan sahaja membina tulang dan gigi, malah ia membantu menetapkan ritma jantung, menyelesaikan masalah insomnia, membantu pengaliran gizi masuk dan keluar daripada membran, dan membantu dalam pembekuan darah. Kalsium juga sangat diperlukan dalam mempertahankan fungsi saraf dan otot, serta buah pinggang. Ia juga mengurangkan kadar kolesterol dalam darah.
Magnesium pula penting untuk metabolisma kalsium. Ia membantu untuk mengelakkan pembuluh darah menjadi kejang, salah satu punca yang dipercayai penyebab migrain. Satu kajian telah dibuat ke atas Magnesium, dan didapati ia membantu mengurangkan sakit kepala migrain dan mengurangkan frekuensinya.
Vitamin D pula penting untuk penyerapan kalsium. Kalsium yang tiada vitamin D tidak boleh diserap oleh tubuh, dan boleh tertinggal sebagai batu dalam ginjal atau pundi kencing.

B Complex

 

Vitamin B2 (riboflavin) dan Vitamin B6 (Pyridoxine) telah terbukti boleh membantu mengurangkan kesakitkan akibat migrain. Vitamin B lengkap dalam B Complex Shaklee memastikan anda bukan saja mengurangkan risiko diserang mograin, tapi juga mencegah penyakit-penyakit lain seperti depresi, strok dan sebagainya.
Bagi penderita migrain, anda hendaklah mengetahui penyebab-penyebab yang boleh menjadikan anda diserang migrain. Sekiranya ia berpunca dari pemakanan, maka anda kena lah jaga makan. begitu juga dengan perkara2 lain seperti aktiviti dan sebagainya. Dan timbagkan tentang mengambil vitamin/supplement sebagai pembantu untuk menyelesaikan masalah anda, kerana ia pasti lebih baik dari makan ubat berasaskan dadah secara berterusan.
 Boleh hubungi saya untuk membuat pesanan.

 http://ibudamiadanish.blogspot.com/

PRICE LIST

Berikut adalah senarai harga supplemen dari Shaklee.

Produk
Saiz
Semenanjung
Sabah & Sarawak

Harga Runcit (RM)
Harga Runcit (RM)
Vita-Lea Iron Formula
120 tabs

88.75
93.75
Vita-Lea for Children (chewable)
65 tabs
48.75

51.25
NutriFeron (Stick)
30 x 1.2 g
181.25

191.25
Garlic Complex
60 tabs
47.50
50
Chewable Vita-C 100 mg
(for children)
90 tabs
37.50
40
Sustained Release Vita-C
500 mg
180 tabs

92.50
97.50
Vita-E Complex
120 tabs
149
154
Peppermint-Ginger Plus
90 tabs
45
48
Herb-Lax Tablet
120 tabs
52.5
55
Alfalfa Complex (S)
330 tabs
53.75
56.25
Alfalfa Complex (L)
700 tabs
97.5
102.5
Lecithin
180 tabs
52.5
55
B-Complex
120 tabs
53.75
56.25
Zinc
120 tabs
33.75
35
GLA Complex
60 tabs
91.25
95
Energizing Soy Protein (Canister)
850 g
150
155
Meal Shake – French Vanilla
544 g
113.75
121.25
Performance – Orange
539 g
82.5
87.5
Fiber Plan Unflavored
300 g
168.75
176.25
CorEnergy
90
148
155
OsteMatrix
120

61
65
OmegaGuard
90
136
140
DTX Complex
90
155
160
Carotomax
30
70
75

Harga di atas adalah tidak termasuk kadar pos rata sebanyak RM10 ke seluruh semenanjung Malaysia dan RM20 untuk Sabah dan Sarawak.

Vitamin Apa Untuk Kulit Yang Sihat dan Cantik?

Saya kongsikan secara ringkas vitamin-vitamin yang perlu untuk mendapatkan kulit yang sihat dan cantik.




Vitamin B complex : ianya penting dalam kestabilan hormon kita. Kekurangan b complex dalam badan boleh membuatkan kita cepat letih, cepat marah atau moody, cemburu dan banyak lagi. Bila kita dalam keadaan hormon yang tidak stabil jerawat akan mudah terhasil.

Vitamin C : ianya sangat penting dalam pembentukan kolagen. Ramai kita yang sibuk nak beli kolagen walhal hanya dengan mengamalkan makanan yang tinggi kandungan vitamin C membantu penghasilan kolagen dengan lebih baik.

Vitamin E terkenal sebagai vitamin awet muda. Ia juga dikatakan melambatkan proses penuaan. Selain itu vitamin E juga dikatakan membantu keseimbangan hormon dan mengawal kadar minyak dalam liang kulit. Vitamin E juga membantu mengurangkan kesan kulit jeragat selain pengambilan beta carotene. Vitamin E sangat membantu bagi mereka yang mempunyai masalah kulit yang berminyak.

Protien sangat penting dalam penghasilan sel baru. Ianya membantu mengurangkan kesan hitam (kulit mati akibat jerawat). Tompokan hitam pada kulit akibat jerawat sangat sukar dihilangkan kerana kita tidak mendapat cukup protien yang membantu dalam penghasilan sel baru. Untuk dapatkan kulit yang cantik kita perlulah mendapatkan makanan yang bersumberkan protien yang baik.

Air; sangat penting dalam pengaliran darah , penyerapan semua nutrien dari sumber makanan untuk diserap oleh tubuh. kekurangan air boleh menyebabkan jerawat mudah terhasil. kekurangan air boleh menyebabkan kita mempunyai kulit yang kering seterusnya mempunyai kulit yang bermasalah