Bagi ibu yang berkerjaya, Susu ibu boleh diperah dan disimpan untuk
diberikan pada bayi. TAHUKAH ANDA Susu ibu mengandungi sel hidup? Sebab
itu, susu ibu yang diperah perlu disimpan dengan kaedah yang betul untuk
memastikan kandungan nutriennya terpelihara dan tidak musnah. Susu ibu
sebenarnya mempunyai bahan anti-bakteria yang membolehkannya kekal segar
dan tahan lama.
ISTILAH- ISTILAH PENTING SUSU IBU YANG DIPERAH
- EBM = Expressed Breast Milk
- Fresh EBM = Susu yg baru diperah
-
Chilled EBM = Susu yg dah perah, disejukkan bhgn sejuk (bukan beku).
chilled EBM akan membentuk dua lapisan, ia bukan basi hokey
- Frozen EBM = Susu yg simpan dlm tempat beku
BEKAS PENYIMPANAN YANG SESUAI
- bekas plastik atau botol susu bebas BPA (Bisphenol-A)
- bekas kaca atau bekas plastik berbucu keras (seperti Tupperware)
- breast milk storage liners yang memang dikhususkan untuk menyimpan perahan susu ibu
Pastikan setiap bekas penyimpanan telah dibersihkan, disteril dan
dikeringkan dengan sempurna sebelum digunakan. Nak tau di mana boleh
dapat bekas penyimpanan ni boleh terjah ke blog DUNIA SUSU IBU. Sana
banyak info diberikan.
Apabila susu telah disimpan di dalam bekas, pastikan setiap bekas ditandakan dengan lebel.
* Tarikh Perahan (Guna susu yang terdahulu)
* Waktu perahan (Guna susu yang terdahulu)
* Kuantiti susu yang diperah
* Nama Bayi (untuk mengelakkan tertukarnya perahan susu ibu tadi jika ramai bayi di taska/ pusat jagaan harian)
Simpan
susu dalam kuantiti mencukupi untuk 1 kali penyusuan untuk 1 bekas,
contohnya 2 – 4 oz sahaja setiap bekas untuk mengelakkan pembaziran.
TEMPAT PENYIMPANAN
SUHU BILIK?
FRIDGE/FREEZE
- Jika bilik tidak ber-AC (aircond) (25 oC - 37 oC), disarankan tidak lebih dari 4 jam
- Jika bilik ber-AC (15 oC - 25 oC), boleh sampai 6-8 jam
catatan: suhu di atas harus stabil, cth bilik ber-AC, tidak dioffkan spjg botol ASI ada di dalam bilik tersebut.
FRIDGE/FREEZER?
- Peti Sejuk (1 pintu) - bahagian beku - 2 minggu
- bahagian beku (-18 hingga -20 °C) - 3 bulan
- pintu bawah (0- 4 °C)
(sebelum dibekukan) - 3-7 hari
(selepas dibekukan) - 24 jam
- Pembeku/ freezer (-20C), tahan antara 6 bulan
Jika ibu menyimpan susu di dalam tempat pembeku yang mempunyai suhu sehingga -1 darjah celcius, susu boleh tahan selama 1 tahun.
BEKAS PENYEJUK?cooler bag/box (0-4 °C), tahan sehingga 12-24 jam
PERINGATAN:
* susu yang dah dicairkan tidak boleh dibekukan semula
* susu yang dipanaskan tidak boleh disimpan sejuk semula
TIP DAN CARA PENYIMPANAN
Di Pejabat
* Simpan susu yang telah diperah di bahagian bawah peti sejuk dan
bukan di bahagian beku. Ini bertujuan memelihara kehilangan antibodi
akibat pembekuan (susu ibu yang dibekukan masih jauh lebih baik daripada
susu formula kerana susu ibu mengandungi antibodi)
* Jika tiada peti sejuk, simpan di dalam cooler bag yang diletakkan bersama pek ais
Di Rumah
Simpan sebanyak yang boleh dibahagian bawah peti sejuk dan sedikit sahaja dibahagian beku.
* Susu yang disimpan dibahagian bawah akan dibekalkan kepada bayi untuk bekalan hari esok.
* Susu yang disimpan dibahagian beku adalah untuk dijadikan stok beku perahan susu ibu.
Contohnya:
Katakan anak anda 1 hari minum 4 botol susu perahan. Jika satu hari
kita berjaya mengumpul 4 botol susu perahan semasa bekerja. Bila pulang
ke rumah, simpan 3 botol susu perahan baru di bahagian bawah peti sejuk
untuk kegunaan esok hari dan 1 botol lagi ke dalam bahagian beku.
Sebagai ganti, keluarkan 1 botol EBM yang bertarikh paling lama dari
bahagian beku ke bahagian bawah peti sejuk untuk dicairkan untuk
kegunaan esok hari.
JANGAN BUAT!! JANGAN BUAT!!
* Jangan
simpan susu perahan di bahagian pintu peti sejuk kerana suhu di
bahagian pintu tidak stabil (kerana kekerapan membuka dan menutup pintu
peti sejuk). sebaiknya simpan susu perahan di bahagian paling atas dan
paling dalam kerana suhunya lebih stabil.
* Jangan penuhkan bekas
sehingga ke penutupnya, tinggalkan sedikit ruang untuk membolehkan
pengembangan berlaku apabila susu dibekukan.
HUBUNGI SHIMA 019 6556008